Sabah FC mampu bangkit

Football
14 Apr 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmy Yahya yakin Sabah FC mampu bangkit daripada kemerosotan prestasi mereka baru-baru ini untuk memenangi perlawanan Piala FA menentang Kelantan United di Stadium Likas Sabtu ini.

Pasukan itu mengalami kekalahan 0-4 menentang pendahulu Johor Darul Ta’zim FC disusuli kekalahan 0-2 di tangan Kuala Lumpur FC sebelum mendapat mata apabila seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC dalam tiga perlawanan Liga Super di tempat lawan.

Beliau menggesa para pemain agar memanfaatkan sokongan tuan rumah untuk kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Piala selepas hanya berjaya meraih satu mata dalam tiga perlawanan terakhir liga di tempat lawan.

“Pasukan memerlukan semua sokongan yang mereka boleh perolehi dan kehadiran penyokong di dalam stadium diharapkan dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk meningkatkan permainan dan memenangi perlawanan.

“Saya harap walaupun dalam bulan Ramadan, peminat dan penyokong dapat datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan dalam perlawanan Piala FA Sabtu ini.

“Kita harus sentiasa berbangga dengan Sabah FC dan mesti menyokong mereka pada setiap masa bukan sahaja dalam kemenangan mereka tetapi juga dalam kekalahan seperti kekalahan kepada JDT dan Kuala Lumpur FC baru-baru ini.

“Pasukan sebenarnya telah memulakan kempen Liga Super dengan baik dengan tiga kemenangan berturut-turut dan hanya selepas itu kita mengalami kekalahan pertama dan kedua diikuti dengan keputusan seri dalam tiga perlawanan di tempat lawan Liga Super.

“Saya berharap dari segi emosi pemain tidak terjejas dengan kekalahan itu dan saya mahu mereka mematuhi semua strategi dan taktik seperti yang diperlukan dan kita akan berdoa agar mereka dapat bangkit dalam perlawanan di tempat sendiri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri majlis berbuka puasa Sabah FC bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih dan Rumah Anak Yatim As-Sakinah di padang latihan kelab di Likas pada petang Rabu lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.