
Kota Kinabalu: Sabah FC menewaskan Kuching City FC 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri pada Ahad.
Aksi bermula dengan sengit sejak wisel pertama, namun walaupun banyak peluang tercipta, pemain gagal menyempurnakan percubaan mereka.
AdvertisementGol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Muhammad Farhan Roslan melalui tandukan jarak dekat pada minit ke-32 hasil sepakan percuma Saddil Ramdani, yang menjadi penentu dalam aksi yang cukup yang sengit itu.
Ketua jurulatih Sabah FC Martin Stano, dalam perlawanan sulungnya bersama pasukan, meluahkan rasa bangga terhadap pemain-pemainnya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Saya sangat bangga dengan pemain, terutamanya pemain kebangsaan yang sanggup membantu kami dalam perlawanan sukar ini.
“Ia benar-benar seperti perlawanan derbi, dari segi taktikal, fizikal, dan emosi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami sedar ia tidak akan mudah walaupun kami menang di sini minggu lalu dalam perlawanan Liga Super. Namun, ini adalah Piala Malaysia, sesuatu yang berbeza.
“Kuching City adalah pasukan yang sangat baik, dan kami telah membuat persiapan rapi. Sasaran kami hari ini adalah untuk menjaringkan gol dan tidak dibolosi, dan kami berjaya mencapainya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bagaimanapun, ini adalah perlawanan timbal balik. Walaupun menang 1-0, peluang kedua-dua pasukan masih 50-50, jadi kami tidak akan mengambil mudah,” katanya.
Sementara itu, rakan sejawatannya Aidil Sharin Sahak, meluahkan kekecewaannya terhadap kesilapan ketika set piece yang menyebabkan kekalahan pasukannya.
“Pada dasarnya, kami melakukan kesilapan yang sama seperti dalam perlawanan sebelum ini, dan sekali lagi ia melalui set piece.
“Saya rasa secara keseluruhan pemain menunjukkan prestasi yang baik. Sabah adalah pasukan yang kuat, tetapi penguasaan permainan yang baik menunjukkan kami lebih baik, kerana terus menyerang walaupun ketinggalan satu gol.
“Namun, kami perlu belajar untuk tidak mengulangi kesilapan dengan bolos melalui set piece. Masih ada 90 minit untuk bermain, dan semoga sedikit tuah menyebelahi kami dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Kedua-dua pasukan akan bertemu semula dalam perlawanan kedua yang dijadualkan pada Isnin, 23 Disember di Stadium Likas.

