Sabah FC sasar trofi dalam saingan Liga M

Football
19 Feb 2023 • 1:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah FC menyasarkan untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Marzuki Nasir menyifatkan sasaran itu sebagai realistik berikutan skuad Sang Badak pada musim ini diperkuat dengan beberapa pemain baharu dan import yang diyakini mampu membawa pasukan itu ke tahap lebih tinggi.

“Sabah FC mampu mencabar kejuaraan Liga Super dan Piala FA tahun ini dengan barisan pemain yang lebih baik dan berkualiti termasuk kehadiran beberapa pemain dan import baharu.

“Kita memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi mempersiapkan skuad dalam mengharungi musim kali ini,” katanya berucap pada majlis Sabah FC Day 2023 dan Pelancaran Jersi Home Sabah FC di sini pada Sabtu.

Antara pemain baharu yang akan membarisi pasukan Sabah untuk musim ini ialah penyerang kebangsaan Darren Lok dan pertahanan Kuala Lumpur (KL) City FC Irfan Zakaria yang menjadi rekrut awal selepas membuktikan kemampuan bersama pasukan masing-masing pada musim lepas.

Tidak cukup dengan itu, skuad Sabah juga mendapatkan khidmat beberapa import baharu termasuk pemain pertahanan dari Brazil, Gabriel Peres dan Telmo Castanheira pemain tengah dari Portugal.

Sementara itu, mengulas mengenai rancangan jangka panjang untuk memantapkan lagi pasukan Sabah, Marzuki berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa kelab luar negara untuk bekerjasama dengan menghantar pemain berlatih di kelab terlibat antaranya kelab Santos di Brazil.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan berharap Sabah mampu mempamerkan aksi terbaik pada musim ini, sekali gus mengharumkan nama negeri itu.

“Saya difahamkan sebelum ini Sabah FC telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dan keputusan yang diperolehi sangat memberangsangkan dan kita mahu kejayaan ini diteruskan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.