
Kota Kinabalu: Sabah FC tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas tewas 0-1 kepada Perak FC pada perlawanan timbal balik suku akhir di Ipoh, malam Isnin lalu.
Kegagalan mereka menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol menjadi punca kekalahan mereka pada perlawanan itu. Kedua-dua pasukan cuba melakukan yang terbaik untuk mencari jaringan sejak dari mula dan Sabah FC terlebih dahulu memiliki peluang terbaik untuk mendahului pada peringkat awal.
Ramon Machando menyaksikan rembatannya dari sudut sukar terkena jaring tepi pada minit ke-13 diikuti tandukan Gabriel Peres yang melepasi palang kurang dua minit kemudian.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pasukan tuan rumah membalas dengan rembatan Seo Seonung pada minit ke-36 yang dinafikan palang tetapi mereka berjaya menyempurnakan peluang kedua mereka apabila Wan Zack Haikal menjaringkan gol penting pada penghujung separuh masa pertama.
Sabah meningkatkan asakan terutamanya pada penghujung separuh masa kedua untuk cuba mendapatkan gol penyamaan.
Rembatan Ramon terkena palang dan tandukan Darren Lok dari jarak dekat diselamatkan oleh penjaga gol Perak manakala sepakan gunting Gabriel tersasar pada masa kecederaan.
Dengan kemenangan itu, pasukan tuan rumah mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2 dan seterusnya akan bertemu JDT FC.
Datuk Ong Kim Swee berkata ia adalah cerita lama yang sama dengan pasukan gagal menyempurnakan peluang menjaringkan gol dalam perlawanan itu.
“Kami cuba untuk mara ke separuh akhir tetapi ia sama seperti di Likas. Kali ini kami gagal menjaringkan gol dan kami mensia-siakan banyak peluang.
“Tetapi pujian perlu diberikan kepada pasukan Perak yang bekerja keras dan berjaya memperoleh keputusan yang baik.
“Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya untuk perlawanan menentang JDT,” katanya selepas perlawanan.
Beliau mengakui keletihan mungkin menjadi antara faktor kekalahan selepas beraksi dalam saingan Piala AFC kurang seminggu sebelum itu.
Keutamaannya kini adalah untuk mempersiapkan pemain bagi perlawanan kedua Piala AFC menentang PSM Makassar di tempat lawan di Indonesia pada 5 Oktober ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


