LAHAD DATU: Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dilihat penting, khususnya di negeri ini yang mempunyai risiko tinggi terhadap bencana seperti tanah runtuh dan gempa bumi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains (MINGEOGIS) @ MyGEMS yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) adalah satu langkah yang tepat dan proaktif untuk meningkatkan kesiapsagaan, mempercepatkan respons dan memperkukuh koordinasi antara agensi.
Katanya, dengan adanya perkongsian data geospatial bersama rakan strategik, ianya akan dapat membantu membuat keputusan yang lebih pantas, tepat dan berkesan, sekali gus menyokong pembangunan negeri secara mampan dan selamat untuk kesejahteraan rakyat.
“Saya difahamkan MINGEOGIS atau MyGEMS yang dibangunkan oleh JMG ini adalah sistem pangkalan data national berbentuk spatial yang menggantikan sistem terdahulu, yang telah digunapakai sejak 2008.
“MyGEMS adalah lebih komprehensif, pintar dan bersifat terbuka kepada orang awam, menjadikannya sebuah platform inklusif untuk semua pihak,” katanya dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah JMG Sabah, Dr. Frederick Francis Tating pada Program Jerayawara Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS - Aduan Bencana Geologi Bersama Agensi Berkepentingan Negeri Sabah 2025, Selasa.
Menurut beliau, sebagai kerajaan negeri yang komited membangunkan Sabah seiring era digitalisasi yang maju, inovatif, kompetitif dan berdaya tahan, Penggunaan teknologi GIS amat penting.
Sejajar dengan visi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah iaitu “Melahirkan generasi intelek dan inovatif melalui kemajuan Sains, ICT dan modal insan berkemahiran tinggi menjelang 2030’ dan setiap keputusan yang dibuat adalah berasaskan data, pembangunan dirancang dengan teliti dan kelestarian alam sekitar tetap terjaga.
Usaha yang dilaksanakan oleh JMG di bawah NRES untuk memperkasa integrasi Maklumat spatial dalam perancangan, pemantauan dan pengurusan sumber negara adalah selaras dengan aspirasi negeri. Inisiatif sebegini bukan sahaja menghubungkan data dan Teknologi malah menghubungkan manusia dengan matlamat bersama.
“MyGEMS oleh JMG ini bukan sekadar menambah baik operasi dalaman, malah meningkatkan keyakinan pihak Berkepentingan terhadap kebolehan kita dalam mengurus sumber mineral dan geosains secara strategik.
“Ia membuktikan bahawa teknologi ini bukan sekadar sistem berasaskan teknologi Maklumat tetapi pemacu pembangunan lestari yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” tambahnya.
Data dalam MyGEMS meliputi sembilan kluster utama, termasuk geologi asas, bencana geologi, geologi warisan, air bawah tanah, geologi marin, sumber mineral, geofizik, lombong dan kuari, serta makmal geokimia.
Sistem ini menggunakan MyGovCloud selaras dengan agenda transformasi digital sektor awam negara.
Dengan lapan peta interaktif, orang awam boleh mengakses maklumat, membuat carian data, serta menghantar aduan bencana geologi secara dalam talian.
Ini memupuk budaya perkongsian data, penglibatan masyarakat, dan memudahkan tindakan respons oleh agensi yang terlibat.