Sabah isytihar Jumaat ini cuti umum - Hajiji

18 Apr 2023 • 8:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hajiji Noor - Foto Bernama.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mengisytiharkan Jumaat ini (21 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Sabah bagi tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

"Ini selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini pada Selasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.

Anwar berkata, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing. - Bernama