Sabah jadi hab tenaga antarabangsa dengan Sogip sebagai pemangkin pertumbuhan sektor

LocalBusiness & Finance
19 Feb 2025 • 12:29 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor tenaga, yang amat penting untuk pertumbuhan berterusan ekonomi Sabah.

Katanya, Sogip telah memperolehi banyak pelaburan, termasuk berimpak tinggi antaranya Syarikat Esteel untuk kilang keluli (Green Steel), membabitkan nilai pelaburan berfasa sebanyak RM20 bilion.

AdvertisementTerbaharu, Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas bernilai RM8.88 bilion (USD2 bilion) iaitu kerjasama antara Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) yang menguruskan Sogip dan Gibson Shipbrokers Limited, sekali gus akan menjadikan Sabah sebagai hab utama dalam sektor tenaga Asia Tenggara.

“Sebab itu, kerajaan hari ini terus komited dalam memberikan sokongan penuh kepada pelaburan yang mampu membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya yakin dengan kejayaan projek ini, ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri minyak dan gas, sekali gus menjadikan Sabah sebagai hab

tenaga yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Advertisement“Kita bersyukur kerana Sabah kaya dengan sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora serta hidupan laut. Lokasi strategik, persekitaran politik stabil, sumber semula jadi yang banyak, dan ekonomi yang pelbagai antara faktor menjadikan Sabah sebagai pilihan sesuai untuk pelabur asing,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum di SOGIP, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Hajiji berkata, Sabah berpotensi besar dalam sumber minyak dan gas, dengan itu sudah pasti projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum, milik Petroventure Energy Sdn Bhd yang dijangka bermula pada April ini, akan membantu dalam peningkatan ekonomi negeri ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, projek itu bakal menyaksikan pembinaan loji penapisan minyak berkapasiti sehingga 150,000 tong sehari (BPD) serta kemudahan penyimpanan minyak sebanyak tiga juta meter padu bagi minyak mentah dan produk petroleum yang telah ditapis.

“Ini adalah satu lagi pelaburan baharu yang strategik yang sudah pasti akan mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab industri minyak dan gas di rantau ini,” tegasnya.

Dengan keluasan tanah 400 ekar di Sogip, projek ini bukan saja mampu membawa pelaburan asing langsung (FDI) bernilai lebih USD3.5 bilion (RM15.5 bilion), tetapi juga bakal mewujudkan hampir 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Lebih 3,000 orang tenaga pekerja diperlukan sewaktu pembinaan projek ini, dan lebih 1,000 orang tenaga pekerja tetap diperlukan sewaktu loji ini beroperasi sepenuhnya.

“Semua ini memberi petanda baik dalam usaha kita untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Saya sentiasa menekankan kepentingan mengutamakan pengambilan tenaga kerja Sabah dalam semua projek dan operasi di negeri ini. Saya mahu semua pemain industri mematuhi keperluan asas ini, sebagai prinsip utama dalam komitmen kita terhadap pembangunan tempatan,” tegasnya.

Projek ini turut merangkumi pembangunan jeti, fasiliti pemeringkatan minyak, makmal ujian petroleum dan bangunan pentadbiran.

Hajiji yakin dengan pelbagai kajian berkaitan alam sekitar yang dilaksanakan oleh Petroventure seperti Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA), dapat memastikan projek ini dibangunkan secara mampan dan selaras dengan keperluan industri serta kepentingan alam sekitar yang diberi penekanan oleh kerajaan negeri.