Sabah jadi lokasi transit sindiket pengedaran dadah

LocalPolitics
14 Jan 2025 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Agust Dean

PAPAR: Sindiket pengedaran dadah menjadikan Sabah sebagai lokasi transit yang strategik berikutan kedudukan Sabah yang bersempadan dengan negara-negara jiran, kata seorang pegawai kanan polis.

Kawasan panas (hotspot) yang dikenal pasti kebanyakan di pulau-pulau yang berada di sekitar Tawau, Sandakan dan Semporna.

AdvertisementPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, permintaan yang tinggi dengan harga dadah jenis syabu boleh mencecah RM450,000 sekilogram di negara jiran mendorong sindiket cuba membawa masuk dadah melalui Sabah.

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia ini hanya sebagai lokasi transit, bukan pengeluar. Begitu juga Sabah yang sering dijadikan pusat transit sindiket pengedaran dadah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kalau kita lihat di Malaysia, sekilogram syabu dianggarkan RM33,000 hingga RM35,000, tetapi apabila pergi ke negara jiran, ia boleh meningkat sehingga RM450,000 sebab permintaan yang tinggi.

“Dengan harga yang begitu lumayan jadi kebanyakan sindiket-sindiket akan cuba melalui sini dan membawanya ke negara seberang melalui jalan laut. Tapi, ada juga untuk keperluan pasaran tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JSJN bersama Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di PGA Kinarut, di sini pada Selasa.