Sabah jadi pelopor Ekonomi Biru

LocalBusiness & Finance
11 Oct 2024 • 5:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sabah, yang kaya dengan biodiversiti marin, dijangka menjadi pelopor dalam Ekonomi Biru di negara ini.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan amat komited dalam bidang penerokaan Ekonomi Biru bagi memperkasakan ekonomi negeri, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat dan pelopor konsep ekonomi berkenaan.

“Khazanah yang terdapat di sekitar perairan negeri ini mempunyai potensi besar untuk diterokai bukan sahaja hasil laut malah hasil minyak, gas dan sebagainya.

“Itu sebabnya kita telah merancang untuk menerokai khazanah laut ini, yang kita panggil Ekonomi Biru, kerana kita dikelilingi oleh tiga laut iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi (Celebes),” katanya.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Beliau berkata demikian ketika temu bual dengan SabahFM.

Hajiji berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak konsultan bahawa berdasarkan hasil penyelidikan, potensi Ekonomi Biru di Sabah cukup besar bukan sahaja dalam menerokai marin dan sebagainya, tetapi juga industri lain termasuk tenaga boleh diperbaharui yang ada di perairan Sabah.

“Kalau ini kita dapat jayakan pada masa akan datang, maka kita akan memperoleh banyak manfaat dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, pendapatan dan sebagainya.

“Ini adalah sumber baharu sebagai tambahan kepada sumber alam yang sedia ada,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, ujar Hajiji, kerajaan juga serius membuka ruang pelaburan yang lebih luas kepada syarikat antarabangsa untuk melabur dalam konsep ekonomi tersebut.

“Kita telah tubuhkan satu unit agensi kerajaan yang kita namakan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) untuk menerokai sumber galian kerana, mengikut laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), banyak sumber alam kita yang boleh mendatangkan hasil.

“Kita ada emas, arang batu, nikel kita ada elemen nadir bumi (Ree) dan banyak lagi. Inipun kita sudah benarkan berapa syarikat untuk menerokai dan kalau ada kita akan bagi mereka kebenaran atau lesen.

“Tujuannya untuk kita dapatkan hasil dan hasil itu kita akan kembalikan kepada rakyat untuk kemudahan mereka,” katanya.

Tambah beliau, Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Negeri pada 19 Oktober ini, yang juga menjadi pemangkin kepada kepesatan pembangunan ekonomi terbabit.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.