
Kota Kinabalu: Buat julung kalinya Sabah dipilih menjadi tuan rumah Simposium Antarabangsa Turath Sabah Malaysia yang telah diadakan di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini, Khamis.
Seramai 350 peserta terdiri daripada mahasiswa institusi pengajian tinggi, pelajar tahfiz, kakitangan kerajaan, agensi-agensi Islam dan orang awam dari seluruh negara menyertai simposium tersebut.
Majlis dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang diwakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Exco Agama Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Ariffin Arif.
Beberapa tokoh ilmuan islam turut dijemput bagi memberi penerangan sekali gus memartabatkan kitab-kitab Turath Islam agar sentiasa relevan kepada umat dan kepentingannya dalam institusi fatwa.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Program selama dua hari itu dianjurkan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).
Hajiji dalam ucapannya berkata, Kerajaan melalui Muis akan bekerjasama dengan Usim bagi penajaan pelajar Sabah untuk menjalani program pengajian kitab Turath secara eksklusif selama tiga tahun di institusi itu.
Katanya, program yang dinamakan sebagai Duta Turath Sabah @Usim ini ditawarkan kepada pelajar Sabah yang menyambung pelajaran di Usim.
“Besar harapan saya agar pelajar yang berjaya melalui program ini dapat menjadi ilmuan yang mampu memainkan peranan bagi pemerkasaan turath Islam di Sabah setelah menamatkan pengajian nanti.
“Kerajaan Negeri juga melalui Muis turut bercadang mewujudkan Pusat Turath Sabah yang akan diletakkan di bawah Kolej Antarabangsa Muis,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, Pusat Turath dengan kerjasama Pusat Turath Usim ini diharapkan dapat membantu dalam perkembangan dan kelestarian keilmuan bidang Turath di negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

