Sabah Kaya Minyak! Punca Senator Filipina Gesa Presiden Hidupkan Semula Tuntutan

LocalPolitics
27 Mar 2026 • 4:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya dengan sumber minyak.

Dakwa Sabah kaya sumber minyak

Memetik laporan Sinar Harian, Senator Filipina, Robin Padilla, menggesa Ferdinand Marcos Jr. supaya mengambil langkah tegas termasuk menghantar wakil rasmi ke kawasan berkenaan.

“Presiden, sekarang adalah masa untuk kita menghidupkan semula tuntutan sah ke atas Sabah.
“Kita mesti bertindak dan menghantar utusan. Borneo Utara sudah pun kaya dengan sumber minyak,” katanya.
image is not available

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr

Mahu gerakkan pasukan perkukuh tuntutan

Beliau turut mencadangkan agar jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Jay Tarriela bersama pasukannya digerakkan bagi memperkukuh tuntutan tersebut.

Menurutnya, kehadiran pasukan itu secara konsisten di kawasan berkenaan boleh mencerminkan semangat patriotik dalam memperjuangkan dakwaan tersebut.

image is not available

Senator Filipina, Robin Padilla

Untuk rekod, Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia, namun Filipina masih mengekalkan tuntutan terhadap wilayah itu sejak sekian lama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ferdinand Marcos Jr. sebelum ini turut mengisytiharkan darurat tenaga negara susulan kenaikan harga bahan api yang dipacu konflik di Asia Barat.

Beliau juga mengarahkan pelaksanaan pelan berskala besar bagi melindungi pekerjaan, bekalan makanan, sumber pendapatan serta sektor penting lain ketika negara berdepan potensi gangguan bekalan tenaga.

Sumber: Sinar Harian 

The post Sabah Kaya Minyak! Punca Senator Filipina Gesa Presiden Hidupkan Semula Tuntutan appeared first on Borak Daily.