Sabah kembali dilanda banjir

27 Dec 2023 • 8:09 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sabah kembali dilanda banjir selepas hampir seminggu pulih daripada bencana itu dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini, melibatkan daerah Paitan dan Sandakan susulan hujan lebat berterusan sepanjang semalam (Dis 26).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan enam mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan manakala 142 mangsa daripada 36 keluarga berlindung di Masjid Nur Iman di Sandakan.

“Lima kampung terjejas akibat bencana banjir di Paitan manakala satu kampung terjejas di Sandakan. Bilangan mangsa dijangka meningkat dan pemantauan sedang dilakukan terhadap situasi banjir di kawasan terjejas,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah, hari ini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kelantan dan Terengganu merekodkan peningkatan malam ini manakala bilangan mangsa di Pahang berkurangan.

-- Akan datang lagi - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved