
SOOK: Kerajaan Negeri terus komited dalam memperluas akses pendidikan kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.
Beliau berkata, langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan generasi masa depan yang berpengetahuan, berdisiplin dan berdaya saing.
“Ini terbukti dengan pelbagai inisiatif dan bantuan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang telah dinikmati oleh pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi,” katanya selepas lawatan kerja di tapak pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah (SANS) dan Tadika Jheains di Pekan Sook, di sini, baru-baru ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mengenai projek itu, Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata ia merupakan antara inisiatif penting Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem pendidikan awal dan asas, terutamanya untuk anak-anak di luar bandar
“Kita mahu memastikan semua anak-anak, termasuk yang berada di kawasan Pedalaman, mendapat akses pendidikan yang selesa dan berkualiti,” katanya, sambil menambah, lawatan terbabit bertujuan untuk meninjau sendiri perkembangan projek serta menilai keperluan infrastruktur dan kemudahan asas yang sedang dibangunkan.
Turut hadir dalam lawatan itu, termasuk Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiugan, wakil pemaju Syarikat Mizab Kinabalu Sdn Bhd Agustan Mohd Noor, Pegawai Tadbir Agama Jheains Sook Ustaz Haslee Harimin dan Penyelia Pendidikan Jheains Pedalaman Atas, Ustaz Nasaruddin Maznan.
Difahamkan, projek pembinaan SANS dan Tadika Jheains itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan September 2025.
Tadika Jheains akan menempatkan dua kelas bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun, dengan kapasiti 20 murid setiap kelas.
Sementara itu, Sekolah Agama Negeri menyediakan lima bilik darjah bagi pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3, dengan anggaran kapasiti 60 murid setiap kelas, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 200 pelajar.

