Sabah laksana kedaulatan penuh atas projek karbon

LocalEnvironment
25 Sep 2026 • 2:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah laksana kedaulatan penuh atas projek karbon

Kota Kinabalu: Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan berperanan dalam menyediakan perlindungan diperlukan di bawah Perjanjian Paris.

“Di bawah Teras 4 Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan menerusi Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan, kita komited untuk mengharmonikan sistem yang ada.

“Usaha menyelaraskan dasar negeri dan Persekutuan adalah penting bagi memastikan kelancaran proses dalam memberikan kebenaran untuk pihak tuan rumah antarabangsa di bawah Perkara 6 serta mengenakan Pelarasan Sepadan di mana yang perlu,” katanya pada Forum Pasaran Karbon Sabah: Membuka Peluang Pasaran Karbon bagi Sabah di sini, Khamis.

Arthur berkata pengharmonian atau penyelarasan usaha Persekutuan dan Sabah juga akan memastikan setiap penjanaan kredit karbon di negeri itu, sama ada daripada hutan dipterokarpa (spesies pokok besar) yang menjulang tinggi, ekosistem karbon biru pesisir pantai yang kaya atau komoditi pertanian, mempunyai integriti alam sekitar yang tidak boleh dipertikaikan, dapat meraih harga premium global serta memastikan manfaat ekonomi kekal secara langsung di negeri terbabit.

Beliau turut menekankan walaupun Malaysia telah membuat ketetapan ke arah sifar bersih, namun dasar semata-mata tidak memadai untuk membangunkan sesebuah pasaran.

Menurutnya, walaupun kerajaan boleh bertindak meluluskan undang-undang serta menerbitkan garis panduan, namun pihak seperti agensi negeri, pemaju projek, institusi kewangan, pihak yang membuat pengesahan dan komuniti tempatan yang sebenarnya berperanan menghidupkan pasaran itu.

Menyentuh forum itu, Arthur menyifatkan penganjurannya sebagai tepat ketika Malaysia kini memasuki fasa penting dalam mengubah potensi semula jadi dan teknologi sebagai bekalan dipercayai, membuka permintaan pasaran yang kukuh dan mewujudkan infrastruktur dengan daya maju dari segi pembiayaan untuk melaksanakan transaksi karbon yang diyakini.

Beliau juga berharap forum itu dapat menghasilkan langkah susulan jelas dan praktikal, mencetuskan projek berwibawa dan bersedia untuk dibangunkan secara bertanggungjawab, pembiayaan yang boleh digerakkan serta mengenal pasti bidang yang memerlukan penyelarasan sistem antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan lebih baik.

Lebih 100 peserta menyertai forum anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan dikendalikan oleh Bursa Carbon Exchange serta Persatuan Pasaran Karbon Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved