
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah pada Selasa melancarkan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) bagi menangani keperluan industri tenaga negeri itu, sekali gus membina daya tahan jangka panjang yang mampan untuk industri tersebut menjelang 2040.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelan itu menggariskan hala tuju dan inisiatif strategik negeri untuk bergerak ke hadapan dan dengan jangkaan kerajaan negeri akan mengambil alih kuasa kawal selia pembekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan pada Januari tahun depan.
Menurut Hajiji kerajaan Sabah komited memastikan SE-RAMP 2040 dilaksanakan secara sistematik dan berkesan, justeru di bawah pelan itu Majlis Tenaga Sabah yang dipengerusikan beliau sendiri akan ditubuhkan untuk memantau, menyokong dan memberi panduan ke atas pelaksanaan inisiatif berkaitan.
“Antara objektif SE-RAMP 2040 adalah untuk memastikan bekalan kuasa yang berdaya harap, dengan akses yang saksama dan liputan menyeluruh pada harga yang mampu milik, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk terus membekalkan elektrik kepada rakyat sambil memastikan kemampanan untuk masa depan Sabah.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Ia juga bagi melengkapkan Dasar Tenaga Negara yang dilancarkan tahun lalu, dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara 2050 (NETR) yang dilancarkan pada Ogos tahun ini,” katanya ketika berucap melancarkan pelan itu di sini pada Selasa.
Hajiji berkata SE-RAMP 2040, yang digubal oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), merangkumi pelbagai strategi dan inisiatif untuk mengimbangi trilema tenaga bagi memastikan ia terjamin, mampu milik dan kelestarian alam sekitar.
“Pelan induk itu adalah kebanggaan kerajaan negeri kerana kita akan dapat melakar laluan kita untuk memacu pembangunan sektor gas dan bekalan elektrik kerana kitalah yang lebih memahami keperluan tenaga negeri kita,” katanya.
Hajiji berkata kerajaan negeri tahu dan sedar bahawa isu bekalan elektrik di Sabah telah membelenggu rakyat sejak sekian lama, sehubungan itu kerajaan negeri komited untuk menangani isu yang diwarisi itu serta berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya.
“Dengan dasar mesra pelabur Hala Tuju SMJ, keperluan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air kekal menjadi keutamaan. Pelan ini akan membuka jalan kepada kami meningkatkan bekalan elektrik, dan saya mahu ECoS melaksanakan mandat ini untuk kepentingan rakyat dan negeri,” katanya.
Hajiji berkata penubuhan ECoS melalui Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Enakmen Bekalan Gas 2023 berikutan penyerahan kuasa kawal selia pembekalan gas dan juga fungsi Suruhanjaya Tenaga daripada kerajaan Persekutuan pada Januari tahun ini adalah sejarah bagi Sabah.
“Ini menunjukkan komitmen dan kerjasama tinggi kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pelan Induk ini juga merupakan satu daripada kejayaan kerajaan negeri mendapatkan hak kita di bawah MA63,” katanya.
Hajiji berkata dengan mempunyai kawalan atas sektor tenaga melalui ECoS, kerajaan negeri dapat membuat keputusan terhadap penggubalan undang-undang, penyediaan polisi serta pembangunan infrastruktur elektrik dan tenaga boleh baharu bagi memastikan ia selari dengan pelan pembangunan Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


