
Kota Kinabalu: Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, menjadi pencelah dalam prosiding semakan kehakiman pemberian khas sebanyak 40 peratus dilihat sebagai usaha menghalang rakyat Sabah mendapat hak dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini berkaitan hak yang perlu diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukan hanya menerima perjanjian pemberian khas dengan Kerajaan Persekutuan, yang jelas tidak langsung sepadan dengan apa yang patut diterima oleh rakyat negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan.
Ronald berkata, perjanjian pemberian khas antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan bermula 2022 untuk pemberian tahunan interim sebanyak RM125.6 juta, dengan kenaikan dalam tempoh lima tahun (2022 hingga 2026).
Beliau mendakwa, walaupun keputusan itu diwartakan, ia suatu pelanggaran serius kewajipan Perlembagaan Kerajaan Persekutuan dan negeri terhadap rakyat Sabah.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Di bawah Fasal (4) Perkara 112D, semakan semula kelayakan pemberian khas perlu diadakan selewat-lewatnya pada 1969, enam tahun selepas pembentukan Malaysia, dan sekali lagi pada 1974 yang mana hal ini tidak pernah dilaksanakan.
“Pelanggaran itu berkemungkinan akan mempunyai beberapa kesan undang-undang yang meletakkan Sabah pada kedudukan tidak menguntungkan, iaitu ia mungkin disifatkan sebagai penerimaan kepada nilai pemberian khas,” katanya.
Ahli Parlimen Beluran itu berkata, “Sepatutnya Kerajaan Negeri menyokong tindakan SLS namun tindakannya menjadi pencelah dalam semakan kehakiman ini sebenarnya meletakkan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan menentang SLS.
“Sepatutnya, SLS dan Kerajaan Sabah bekerjasama untuk memulakan prosiding untuk menuntut hak terakru rakyat Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, tanpa perlu membuat apa-apa perjanjian lain dengan Kerajaan Persekutuan.
“Tindakan membuat perjanjian lain itu sebenarnya mencabul hak rakyat Sabah dan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
“Perlu dinyatakan bahawa perjanjian pemberian khas tersebut langsung tidak menyatakan kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan pemberian khas sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
“Kami berpendapat bahawa Kerajaan Negeri Sabah perlu mengkaji semula perjanjian pemberian khas dengan Kerajaan Persekutuan, menarik diri daripada menjadi pencelah dalam kes semakan kehakiman ini, dan memulakan prosiding mahkamah sebagai proses yang betul dan tepat bagi menuntut hak rakyat Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


