
Kota Kinabalu: Sabah mesti bebas daripada sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak supaya pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan, kata Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata mereka yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu telah membawa tuntutan mereka ke atas Sabah ke Sepanyol dan Perancis.
“Keputusan timbang tara awal tahun ini memihak kepada mereka dan berita pengambilalihan aset Petronas (anak syarikat Petronas – Petronas Azerbaijan (Shah Denis) dan Petronas South Caucusus oleh mereka merupakan satu gangguan.
