Sabah, Motac perkukuh k-sama jayakan Tahun Melawat Sabah 2027

11 Nov 2026 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah, Motac perkukuh k-sama jayakan Tahun Melawat Sabah 2027

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bagi memacu promosi bersepadu dan menjayakan kempen Tahun Melawat Sabah 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata sokongan padu kementerian berkenaan penting untuk membantu kerajaan negeri memperhebat hebahan destinasi pelancongan sekali gus menarik lebih ramai pelawat domestik dan antarabangsa ke Sabah.

“Penganjuran Tahun Melawat Sabah 2027 menjadi wadah penting dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan serta merancakkan kembali rantaian ekonomi pemain industri di negeri ini.

“Kerjasama strategik antara kedua-dua pihak berupaya memperkukuh industri pelancongan negeri, selain meningkatkan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi Sabah secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan, Selasa.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man bersama-sama delegasi kementerian berkenaan di Menara Kinabalu di sini, Selasa.

Pertemuan itu antara lain bertujuan memberi taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan sektor berkenaan serta inisiatif yang sedang dilaksanakan Motac di seluruh Sabah.

Delegasi kementerian berkenaan turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Motac, Chua Choon Hwa dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved