Sabah mula laksana skim periksa kesihatan percuma

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2024 • 7:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mabulmaddin Shaiddin

KOTA BELUD: Rakyat di luar bandar kini berpeluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui Skim Pemeriksaan Kesihatan Percuma Rakyat Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata inisiatif murni tersebut adalah sebahagian daripada keprihatinan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk dinikmati oleh seluruh rakyat di negeri ini.

Kabinet Sabah sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan skim pemeriksaan kesihatan secara percuma di bawah bidang kuasa KPMKR untuk memberi akses pemeriksaan kesihatan kepada rakyat di luar bandar.