Sabah perkasa e-Desa, tingkat literasi digital

13 Jun 2024 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Kerajaan Negeri akan memperkasa 31 e-Desa sedia ada bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat, terutamanya di luar bandar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif berkata, inisiatif itu juga dapat memastikan masyarakat dapat kemahiran melaksanakan aktiviti ekonomi melalui digital.

“Kita akan naik taraf 31 e-Desa kita bagi meningkatkan kemahiran digital dan teknologi terkini di kalangan masyarakat luar bandar di Sabah.

“Dengan usaha ini, mereka dapat menjana pendapatan dengan melaksanakan aktiviti ekonomi melalui digital di bawah peranan e-Desa, sekali gus meningkat literasi digital dalam kalangan masyarakat.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Usaha ini juga selari dengan komitmen kerajaan persekutuan di bawah inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi),” katanya selepas merasmikan Seminar ITC di Hotel Gem, di sini, Rabu.

Ariffin berkata, sebanyak 13 pusat Nadi baharu akan diwujudkan tahun ini di beberapa kawasan di Sabah bagi memajukan pemikiran warga desa dalam aspek kemahiran digital terkini.

Katanya, usaha kerajaan persekutuan itu juga dapat membantu inisiatif sama yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui pemerkasaan setiap e-Desa di wilayah ini.

“Tahun ini Kerajaan Persekutuan menyediakan 13 tempat untuk Nadi, yang sangat baik untuk masyarakat di kawasan terlibat membuat aktiviti ekonomi secara digital.

Kita menyasarkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai satu Nadi dan setakat ini sudah mencukupi dengan adanya 31 e-Desa yang akan dinaiktaraf.

“Ini kerana Nadi dan e-Desa berkongsi fungsi sama untuk meningkatkan kadar kemahiran digital terkini di kalangan masyarakat luar bandar,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga akan memasang peranti Starlink atau PoP (Point of Presence) bagi kawasan yang tidak mempunyai akses internet, seperti di pedalaman, agar usaha kerajaan itu tidak terbatas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article