Sabah perlu tingkat SSL bekalan beras: Hajiji

3 May 2024 • 12:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

RANAU: Situasi terlalu bergantung kepada import bekalan dalam memenuhi permintaan beras di Sabah wajar dihentikan bagi mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pada masa ini tahap sara diri (SSL) Sabah bagi bekalan beras pada 22.8 peratus, dengan SSL yang amat rendah itu menyebabkan kebergantungan yang tinggi Sabah terhadap bekalan beras sumber import bagi memenuhi permintaan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Sabah bertindak dengan tuntas bagi meningkatkan tahap SSL apabila pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.

“Lembaga ini sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran dan keselamatan makanan di negeri ini. la juga antara usaha kerajaan negeri meningkatkan tahap SSL beras.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Pada masa sama, keadaan cuaca yang tidak menentu juga amat memberi kesan terhadap hasil pertanian, termasuk di negeri ini,” katanya dalam ucapan pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di sini, Rabu lepas.

Teks ucapan beliau pada sambutan bertemakan ‘Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan’ itu dibacakan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, serta kira-kira 5,000 hadirin.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pengurusan tertinggi di peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi membincangkan dan menangani isu keterjaminan makanan.

Beliau berkata menerusi Bajet 2024 negeri, insentif Pembajakan Sawah Padi dengan peruntukan sebanyak RM18 juta dilaksanakan bagi membolehkan pesawah meningkatkan hasil padi mereka.

“Inisiatif lain yang turut diambil termasuk pemulihan tanah sawah terbiar pembangunan padi tanah kering, penambahan bilangan jentera pembajak dan jentuai.

“Bantuan baja pada kadar optimum serta subsidi penjualan padi turut diberikankepada semua pengusaha dengan peruntukan RM5.16 juta,” katanya.

Beliau berharap pemain sektor pertanian, penternakan, dan perikanan terus meningkatkan hasil bagi menyediakan bekalan makanan mencukupi kepada masyarakat dan mengambil peluang menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan negeri.

Sementara itu, Hajiji meminta semua pihak supaya menjadikan Sambutan Pesta Kaamatan 2024 sebagai medan perpaduan dalam kalangan masyarakat selain mensyukuri nikmat yang telah diberikan Tuhan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.