Sabah pilihan Bernadya sebagai lokasi konsert jelajah

EntertainmentMusic
16 Mar 2025 • 12:22 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

SABAH menjadi antara lokasi pilihan penyanyi muda asal seberang Bernadya sempena konsert jelajah Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025.

Bakal berlangsung di Dewan KDCA pada 19 Julai, Negeri di Bawah Bayu merupakan lokasi kedua selepas Zepp Kuala Lumpur.

Bernadya berkata dirinya gembira dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengadakan konsert jelajah.

“Malaysia adalah negara yang istimewa di hati saya. Semoga konsert jelajah Untungnya, Untungnya ini boleh menjadi sambutan sempena kejayaan-kejayaan kecil mahupun besar di dalam kerjaya seni.

“Ini juga seperti apresiasi buat peminat di Malaysia khususnya Sabah dengan memberikan persembahan yang lebih dekat serta menyeluruh daripada album mini dan album pertama.

“Semua Bersenadya juga diminta hadir dengan memakai baju cerah kerana melambangkan kita tidak ada lagi fasa gelap.

“Kita mahu merayakan kebersamaan pulang dan datang dengan hati yang gembira,” katanya.

Sementara itu, promoter dari Juni Concert Adryanto Pratono berkata konsert terbaharu itu adalah kali kedua dibawakan oleh pihaknya dan Bernadya di Malaysia.

Menurutnya konsert jelajah terdahulu berjalan dengan meriah dan kali ini dengan kerjasama Sembang Kari Entertainment pihaknya membawa Bernadya di lokasi yang mempunyai kapasiti lebih besar.

Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025 juga bakal menyaksikan kolaborasi Bernadya bersama Adrian Khalif.

Tidak hanya tampil sebagai kolaborasi dalam lagu Asumsi, Adrian juga akan tampil dengan persembahan istimewa sempena konsert jelajah ini.