Sabah Rangkul Perak Pertama Gimnastik Artistik Lelaki Di SUKMA 2022

19 Sep 2022 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pingat perak gimnastik artistik lelaki milik Sabah

Sabah Rangkul Perak Pertama Gimnastik Artistik Lelaki Di SUKMA 2022. Sabah cipta sejarah apabila memenangi pingat perak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pertama menerusi acara gimnastik artistik berpasukan lelaki semalam.

Lapor media, skuad itu berjaya mengumpul 262.450 mata untuk menamatkan saingan di belakang pemenang pingat emas Pulau Pinang dengan 282.300 mata diikuti Johor meraih pingat gangsa dengan 260.250 mata.

Untuk rekod, Sabah pernah memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki pada 1996, 2010 dan 2018.

image is not available
Sabah Rangkul Perak Pertama Gimnastik Artistik Lelaki Di SUKMA 2022

Pasukan lelaki bimbingan Azri Omar itu terdiri daripada Abd Izzat Daniel Abd Rauf, Ammar Zafi Mohd Firdaus @ Silvester, Brandon Denoley Luise, Charlie Richie Chong, Jacob Hezron Andreas dan Liew Jun Xiang.

Pasukan gimnastik artistik berpasukan wanita kecundang

Manakala, jurulatih pasukan wanita Tong Ee berkata skuad gimnastik artistik wanita yang dibimbingnya tidak bernasib baik pada hari pembukaan Sukma pada Sabtu lepas.

Tambahnya, masalah kecederaan yang dialami JennisiaJiniol merupakan tamparan hebat kepada skuad itu untuk mencabar pingat dalam acara berpasukan.

Katanya ia adalah kecederaan lama di bahagian tempurung lutut. Bagaimanapun skuad kendaliannya itu sudah mencuba yang terbaik untuk bersaing di SUKMA 2022.

image is not available
Kedudukan pingat sepanjang SUKMA 2022. Kredit: FB MSN

Sementara itu, hari terakhir pertandingan gimnastik artistik hari ini bakal menyaksikan 10 lagi pingat emas yang bakal dimenangi.

Lagi cerita menarik SUKMA 2022 di sini: