
TAWAU: Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) untuk mewujudkan pusat pelancaran kapal angkasa di negeri ini, iaitu pusat ke-16 di dunia, sekali gus menjadikan Malaysia negara kesembilan dengan pusat tersebut.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju agar kajian kebolehlaksanaan dilakukan dalam memastikan projek tersebut benar-benar sesuai diwujudkan di Sabah.
“Sekiranya kajian mendapati Sabah sesuai untuk diwujudkan tapak tersebut, negeri ini akan menjadi pusat ke-16 di dunia yang boleh mengadakan pelancaran roket ke angkasa,” katanya.

