Sabah Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Catat IPU Memuaskan

23 Apr 2023 • 2:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

IPU Sabah Sarawak dalam keadaan memuaskan.

Sabah Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Catat IPU Memuaskan. Berikutan cuaca kering dan panas serta kemungkinan bencana jerebu, indeks pencemaran udara kini menjadi salah satu perkara yang perlu diambil tahu.

Dilaporkan setakat ini, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) telah mengemaskini IPU bagi daerah di setiap negeri di Malaysia.

image is not available
Sabah Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Catat IPU Memuaskan

Negeri dengan IPU yang memuaskan

Antara negeri yang mencatatkan IPU yang memuaskan adalah Kedah, Perak, Sabah, dan juga Sarawak.

Untuk pengetahuan, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

image is not available

Daerah Segamat di Johor catat IPU tidak sihat

Sementara itu, Daerah Segamat di Johor pula telah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Oleh demikian, bagi mengelak daripada berlakunya bencana Jerebu, diharap agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan sentiasa menjaga alam sekitar.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: