Sabah Sarawak Sapu Bersih 2 Tangga Teratas Untuk Sukan Para SUKMA 2022

7 Nov 2022 • 11:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wahh terbaiklah orang Borneo kita!

Sabah Sarawak Sapu Bersih 2 Tangga Teratas Untuk Sukan Para SUKMA 2022. Sabah dan Sarawak mencetuskan sensasi apabila kali pertama muncul sapu bersih 2 tangga teratas untuk keseluruhan dalam Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 ini.

Tidak hanya itu, Sabah juga mencipta kejutan apabila muncul juara keseluruhan Para SUKMA 2022 mengetepikan juara bertahan, Sarawak yang sebelum ini mendominasi 13 temasya lalu.

image is not available
Sabah Sarawak Sapu Bersih 2 Tangga Teratas Untuk Sukan Para SUKMA 2022. Sumber: FB Majlis Sukan Negara Malaysia

Tahniah diucapkan kepada atlet para kita! Syabas!

Berdasarkan kepada kedudukan terkini, Sabah mempamerkan aksi cemerlang apabila mengungguli carta kutipan pingat dengan 54 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa, dan manakala Sarawak yang menduduki tangga kedua, menerima kutipan pingat 50 pingat emas, 47 perak dan 49 gangsa.

Ketua Kontinjen Sabah, Datuk Mansur Assun ketika ditemui pemberita berkata, beliau sama sekali tidak menduga Sabah muncul juara keseluruhan kerana sasaran asal ialah menghuni kedudukan kedua.

image is not available
Sabah Sarawak Sapu Bersih 2 Tangga Teratas Untuk Sukan Para SUKMA 2022. Sumber: Utusan

Saya memang terkejut apabila dimaklumkan Sabah muncul juara keseluruhan kerana sasaran asal kita 40 emas.”

Pencapaian kali ini cukup istimewa buat mereka.

Pada hari terakhir saingan olahraga di Stadium Mini MSN di Bukit Jalil, Sarawak mengumpul tiga lagi emas, tujuh perak dan lima gangsa untuk jumlah pungutan pingat 20 emas, 16 perak dan 17 gangsa. Namun demikian ia tidak mematahkan semangat perjuangan atlet para kita untuk kekal di tangga teratas dalam carta ini.

Syabas dan tahniah lagi sekali diucapkan kepada atlet para kita yang mewakili di Para SUKMA 2022. Anda wira negara!