
Tuaran: Kerajaan Negeri menyasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri ini sebanyak 70 hingga 80 peratus menjelang tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia diharap dapat dicapai menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan.
“Pertama, kerajaan akan memberi keutamaan kepada mereka supaya diambil bekerja di agensi kerajaan, syarikat pelaburan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya selepas Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah, di sini, Khamis.
“Kita telah minta kepada mereka supaya memastikan peluang pekerjaan ini dapat dinikmati oleh mereka yang dalam kategori miskin tegar.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Sekretariat SMJ menyelaraskan nama ketua isi rumah miskin tegar, yang kemudiannya diserahkan kepada syarikat dan agensi kerajaan.”
Beliau berkata bagi mereka yang tidak produktif seperti warga emas, terdapat inisiatif lain seperti bantuan modal untuk memulakan perniagaan dan bantuan tunai.
Berdasarkan statistik, Sabah mempunyai lebih 22,000 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar, melibatkan 101,113 ahli isi rumah (AIR).
Hajiji berkata Sekretariat SMJ yang diketuai oleh Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai telah ditugaskan untuk menyelaraskan inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan.
Sistem Dashboard Pemprofilan MySMJ dibangunkan untuk menyimpan serta menganalisis data dan bantuan padanan untuk pemprofilan KIR dan AIR berdasarkan data primer di bawah sistem eKasih.
Bagi projek perintis di sini, 1,054 isi rumah disasarkan. Ia bermula pada 15 Nov tahun lepas, dan 974 keluarga berjaya diprofilkan. Data telah direkodkan dalam Dashboard Pemprofilan MySMJ.
Penilaian silang juga telah dijalankan untuk pengesahan data dengan Unit Sinergi Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pemadanan bantuan.
Data yang dikumpul dianalisis untuk menentukan intervensi padanan.
Berdasarkan bantuan padanan yang dikenal pasti, 1,848 jenis bantuan diperlukan untuk membasmi kemiskinan tegar di daerah ini – 681 bantuan pekerjaan, 377 bantuan rumah, 416 bantuan pendidikan, 112 bantuan keusahawanan dan 263 bantuan kebajikan. Bantuan ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta dan pemain industri.
Untuk tujuan ini, 27 agensi pemberi bantuan menerima surat penyertaan, terdiri daripada 10 Kementerian Negeri, sembilan agensi Negeri, tujuh agensi Persekutuan dan satu pemain industri.
Hajiji berkata ia akan menjadi keutamaan bagi kanak-kanak daripada keluarga miskin tegar untuk diambil bekerja dengan agensi, syarikat dan kilang.
“Pelabur yang datang ke Sabah diwajibkan untuk mengambil anak-anak dari senarai eKasih miskin tegar bekerja,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
