Sabah sedang tunggu RM1.5 bilion

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 12:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah sedang tunggu RM1.5 bilion

MENYENTUH isu semasa, Pairin berkata hak perlembagaan Sabah untuk menerima 40 peratus hasil Persekutuan masih belum ditunaikan selepas lebih 60 tahun walaupun termaktub dalam undang-undang.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan tambahan RM1.5 bilion untuk Sabah, Pairin berkata persoalan besar yang masih timbul ialah bilakah peruntukan itu akan benar-benar disalurkan kepada pentadbiran negeri.

“40 peratus itu sudah termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang. Jangan lagi bercakap mengenainya, sebaliknya laksanakan sahaja. Apa maksud pelaksanaan? Ia bermaksud 40 peratus itu diserahkan kepada Kerajaan Sabah demi kepentingan negeri dan rakyatnya,” katanya.

Beliau berkata pelbagai isu yang masih belum selesai itu membimbangkan kerana Sabah berdepan banyak masalah mendesak, termasuk jalan raya, infrastruktur, bekalan elektrik dan bekalan air.

“Dana ini, sebaik disalurkan, akan membantu menyelesaikan keperluan tersebut dan semuanya selaras dengan apa yang diperjuangkan Fuad sejak awal lagi,” katanya.