Sabah sokong penuh kerajaan pimpinan Anwar: Hajiji

LocalPolitics
25 Nov 2022 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memberi jaminan akan bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ia termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah kepimpinan Anwar.

Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau juga berharap manifesto PH termasuk memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.

Anwar pada Khamis mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.