TAMBUNAN: Sabah menerajui usaha pemuliharaan hutan hujan tropika dengan lebih 94.5 peratus kawasan konservasi di bawah Kumpulan Yayasan Sabah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sebanyak 199,146 hektar daripada keseluruhan 210,725.6 hektar tanah konservasi kini berada di bawah perlindungan sepenuhnya.
“Kawasan konservasi seperti Lembah Danum, Banjaran Maliau, Imbak Canyon, Sungai Taliwas dan Pantai Silam yang diiktiraf sebagai tapak rujukan saintifik bertaraf dunia mencerminkan komitmen teguh Kumpulan Yayasan Sabah dalam melindungi alam semula jadi negeri ini.
“Usaha ini bukan sekadar melindungi khazanah alam, tetapi juga mengukuhkan identiti Sabah sebagai negeri yang menghormati warisan semula jadinya untuk generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) Zon Pedalaman Utara.
Hajiji berkata YSBR 2025 meneruskan misi membawa agensi, peluang dan perkhidmatan terus kepada rakyat agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
“Melalui bantuan pendidikan Yayasan Sabah, ramai belia Sabah berjaya keluar daripada kitaran kemiskinan dan muncul sebagai golongan profesional serta pemimpin.
“Institusi di bawahnya – Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) – menjadi platform penting dalam melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi.
“Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah juga memperkenalkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya kumpulan B40.
“Inisiatif ini memastikan tiada anak Sabah yang tercicir dalam mengejar pendidikan tinggi hanya kerana kekangan kewangan,” tegasnya.
Sejak diperkenalkan pada 2022, TPNS telah menyalurkan RM17.8 juta kepada 10,912 pelajar.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusuf Khan Bahadar.