Sabah terus makmur bawah TYT

LocalPolitics
3 Jan 2025 • 1:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin Sabah akan terus menikmati keamanan, kejayaan dan kemakmuran di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun (Dr) Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

“Saya mengajak seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini untuk saling bekerjasama, berganding bahu dan bersatu padu ke arah memacukan pembangunan Sabah yang tercinta.

Advertisement“Sesungguhnya, Yang di-Pertua Negeri adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Justeru, institusi Yang di-Pertua Negeri yang amat dimuliakan ini, akan selama-lamanya dijulang tinggi sebagai teras perpaduan rakyat jelata dan simbol kedaulatan bumi Sabah,” katanya sempena Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan TYT, di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hajiji turut berkongsi pelbagai inisiatif dan kejayaan yang dicapai kerajaan negeri sejak lebih empat tahun lalu, khususnya usaha untuk memulihkan ekonomi negeri dan mensejahterakan rakyat menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Menerusi pelan pembangunan SMJ, Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan nilai pelaburan di samping menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Hasil negeri turut meningkat berkat tadbir urus kewangan negeri yang baik, dan kita berjaya mengutip hasil hampir RM7 bilion pada 2024.

“Kita akan meneruskan momentum ini untuk mencapai prestasi lebih cemerlang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pencapaian yang sangat menggalakkan ini adalah hasil kerja keras dan komitmen tinggi pimpinan kerajaan bersama-sama penjawat awam selaku penggerak jentera kerajaan.

“Di sudut lain, berkat kerjasama dan sinergi padu antara sektor awam dengan sektor swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menghasilkan impak positif dalam pertumbuhan ekonomi negeri.

“Perkembangan memberangsang-kan ini sejajar dengan hala tuju yang dilancarkan hampir empat tahun yang lalu,” katanya.

Hajiji berkata, kemajuan dan kesejahteraan rakyat juga tetap menjadi agenda utama kerajaan.

Justeru pelbagai bentuk program, inisiatif dan bantuan diberikan kepada kumpulan sasar, khususnya golongan miskin dan miskin tegar.

Selain itu, Hajiji berkata golongan pelajar dan mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi, juga tidak diabaikan, yang mana melalui program pembangunan modal insan, kerajaan menyediakan dana pembiayaan kos pengajian untuk mereka yang berkelayakan.

“Kerajaan juga akan terus memastikan kelestarian khazanah alam, sentiasa memelihara nilai budaya dan adat resam seluruh kaum, serta mengekalkan nilai perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin sejak turun temurun.

“Aspek keselamatan dan ketenteraman awam akan terus diutamakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Hajiji turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tun Musa.

“Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Faridah Tusin serta seluruh ahli keluarga tercinta, sentiasa berada di bawah lindungan dan limpahan rahmat Allah SWT, dengan nikmat keafiatan dan kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya.