
Kota Kinabalu: Sabah tidak akan berputus asa dalam usaha mendapatkan geran khas 40 peratus hasil negeri daripada Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
“Secara peribadi, saya juga ingin (untuk Sabah) mendapat lebih (daripada Kerajaan Persekutuan) tetapi dari segi mengurus negara, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Namun ini tidak bermakna Sabah tidak mahu bantuan atau peruntukan yang lebih besar.

