Sabah tidak rugi dengan keputusan Petronas nyahaktifkan SSGP: Masidi

LocalPolitics
2 Feb 2025 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah tidak akan mengalami kerugian susulan daripada keputusan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang menyahaktifkan saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Katanya, pendekatan itu adalah berdasarkan pertimbangan kewangan dan keperluan operasi bagi mengoptimumkan sumber tenaga negara.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita faham masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam penghantaran gas antara Sipitang dan Bintulu telah menyebabkan peningkatan kos pembaikan yang tinggi.

“Dan kita tahu bahawa pembangunan projek ZLNG oleh Petronas juga menjadi faktor kepada strategi syarikat itu,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Khamis.