Sabah tubuh Tabung Amanah Khas: Masidi

10 Aug 2023 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah menubuhkan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri bagi memperuntukkan dana bagi menampung dana yang tidak mencukupi bagi program berkaitan pencegahan dan pemulihan bencana, pembasmian kemiskinan dan penyediaan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan perkhidmatan sosial.

Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu meluluskan pindaan kepada Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964 (No.9 Tahun 1964) untuk menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Khas Kerajaan Negeri ini, dengan mematuhi kehendak seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).

Rang undang-undang itu memetik Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan dibahaskan oleh sembilan Adun.

Menjelaskan tujuan penubuhannya, Masidi berkata terdapat beberapa program dan aktiviti yang tidak tersenarai di bawah peruntukan perbelanjaan bekalan dan pembangunan, sambil menambah satu program dan aktiviti perlu diwujudkan bagi menangani masalah yang tidak dijangka, contohnya jika berlaku bencana alam.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Justeru, katanya Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri bagi menampung sebarang kekurangan peruntukan untuk disalurkan kepada kementerian, jabatan, pejabat daerah atau agensi Kerajaan Negeri yang akan melaksanakan program dan aktiviti berikut:

i) Program pencegahan dan pemulihan bencana alam yang merangkumi banjir, taufan, kebakaran, gempa bumi, tanah runtuh, kemarau, wabak penyakit dan epidemik;

ii) Program pembasmian kemiskinan;

iii) Program penyediaan kemudahan khidmat sosial yang merangkumi penyediaan kemudahan peralatan pembelajaran dan peralatan kesihatan;

iv) Perkhidmatan infrastruktur dan utiliti yang merangkumi pembinaan, pemulihan dan naik taraf jambatan, jalan raya, cerun dan kemudahan sokongan lain termasuk penyediaan bekalan elektrik, air dan utiliti pembetungan; dan

v) Sebarang perbelanjaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Khas yang tidak termasuk dalam perkara yang dinyatakan seperti bantuan kepada mangsa bencana seperti mangsa banjir dan kebakaran.

Masidi berkata sumber kewangan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri ini adalah sumbangan daripada Kumpulan Wang Amanah dalam perbelanjaan tahunan Kerajaan Negeri yang jumlahnya tidak dapat ditentukan buat masa ini.

Selain itu, katanya, Tabung Amanah Khas ini boleh menerima sumbangan daripada agensi kerajaan; badan korporat; badan bukan kerajaan (NGO); serta daripada individu dan dermawan.

“Tabung Amanah Khas ini juga diwujudkan sebagai persediaan awal untuk menyimpan peruntukan Persekutuan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menarik semula sebarang peruntukan tahun kewangan semasa sekiranya tidak habis digunakan,” jelasnya.

Masidi berkata pentadbiran dan kawalan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri akan ditadbir dan dikawal oleh Kementeriannya.

Bagi tujuan itu, beliau berkata seorang pegawai perakaunan akan dilantik oleh Setiausaha Tetap Kementeriannya, yang bertanggungjawab untuk merekodkan penerimaan dana ke dalam Tabung Amanah Khas.

“Justeru, penubuhan Tabung Amanah Khas ini adalah penting bagi memastikan Kerajaan Negeri mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung sebarang kekurangan peruntukan khususnya bagi memastikan program pembangunan Negeri dapat dilaksanakan dengan lancar termasuk untuk keselesaan rakyat apabila mereka berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.