Sabah umum cuti tambahan Aidilfitri

19 Mar 2026 • 5:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, seiring dengan pengumuman dibuat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Menurut Warta Kerajaan Keluaran Khas pada Rabu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman telah menetapkan Jumaat (20 Mac) sebagai hari kelepasan am tambahan, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac).

Warta itu turut menyatakan sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Jumaat (20 Mac) maka cuti umum tambahan negeri itu ditetapkan pada Isnin (23 Mac).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sabah pada Ahad lepas, mengumumkan penetapan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri bagi memudahkan urusan perancangan rakyat di seluruh negara.