Sabah umum cuti umum tambahan Sabtu ini sempena PRN ke-17

LocalPolitics
27 Nov 2025 • 9:43 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Kerajaan Sabah tetapkan Sabtu, 29 Nov 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 yang melibatkan 1.76 juta pengundi

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengisytiharkan Sabtu ini sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketetapan itu dibuat mengikut Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Bab 56 melalui Warta Kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan, Yang Dipertua Negeri telah menetapkan 29 Nov 2025 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan,” menurut warta berkenaan.

Sebanyak 1.76 juta pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ke-17 yang berlangsung Sabtu ini.

Pilihan raya negeri kali ini mempertandingkan kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. – Bernama