Sabah Wajibkan Ujian Covid-19 Untuk Pengembara Dari China, Mulai Ahad Ini

30 Dec 2022 • 11:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengembara dari China, mulai Ahad ini

KOTA KINABALU, 30 Dis (Bernama) — Semua pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif COVID-19, berkuat kuasa, Ahad in (1 Jan), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah itu berkata semua pengunjung dari China perlu mempunyai keputusan negatif dalam ujian sebelum berlepas (Predeparture Test) dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan masuk ke negeri itu.

“Keputusan ini telah dibuat Kerajaan Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 15 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini iaitu bertambah enam kes direkodkan daripada 1,228 sampel ujian berbanding 1,251 ujian semalam.

Sumber: BERNAMA