
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah yakin dapat mencapai sasaran lebih 1.7 juta ketibaan pelancong pada tahun ini berikutan negeri itu terus mencatatkan trend peningkatan sejak pembukaan sempadan pascapandemik Covid-19, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata Sabah mencatatkan 792,899 ketibaan pelawat dari Januari hingga April tahun ini terdiri daripada 565,424 pelancong tempatan dan 227,475 pelawat antarabangsa; peningkatan 94.1 peratus berbanding 408,530 bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Ini memberi petanda baik bagi Sabah memandangkan kami terus berusaha lebih banyak kesalinghubungan udara ke Sabah untuk meningkatkan 100 penerbangan antarabangsa mingguan semasa dengan kapasiti tempat duduk 18,164 dan penerbangan domestik sebanyak 366 dengan jumlah kapasiti tempat duduk 60,303,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Sementara itu beliau berkata kerajaan negeri memberi keutamaan dalam membangun dan meningkatkan kemahiran pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) dengan mengembangkannya ke seluruh Sabah bagi membantu lebih ramai pengusaha di kawasan luar bandar mendapat manfaat daripada peluang ekonomi itu.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Hajiji berkata CoBT telah diamalkan di banyak daerah di negeri itu termasuk di kawasan pedalaman dan Keningau, yang menjadi syurga pelancongan bagi penggemar pengembaraan, kebudayaan, alam sekitar, makanan dan sejarah.
Ketua Menteri berkata pada 2019, dua projek rintis CoBT di Kiulu, Tuaran dan Kadamaian, Kota Belud telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan Kiulu menjana perolehan RM5.45 juta dan RM2.57 juta serta masing-masing menarik 54,000 dan 217,000 pelawat.
Hajiji berkata kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar negeri memperuntukkan RM10 juta di bawah inisiatif Sabah New Deal untuk memperbaiki infrasruktur asas pelancongan di kawasan luar bandar yang memanfaatkan bukan sahaja Keningau tetapi juga Nabawan, Tenom dan Tambunan.
Sehingga kini Sabah telah memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean, Anugerah Inap Desa Asean, Pelancongan Kampung Terbaik Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNTWO) dan Anugerah Kecemerlangan Majlis Kraf Dunia bagi Kraftangan, Rantau Asia Pasifik.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



