
SHAH ALAM, 16 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam dan Hulu Selangor hingga 6 petang.
Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Sabak Bernam, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang appeared first on Selangorkini.

