Sabak Bernam jadi kluster pertanian, bantu tingkat ekonomi penduduk

8 Jul 2022 • 10:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (Sabda) dilaksana bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi penduduk dalam pelbagai sektor, kata EXCO pemodenan pertanian.

Ir Izham Hashim mejelaskan pihaknya juga bercadang mewujudkan kelompok di setiap daerah dengan meletakkan Sabak Bernam sebagai kluster pertanian dan agropelancongan.

“Selangor mempunyai sembilan daerah dan paling belakang ialah Sabak Bernam. Menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan agihan kemewahan dan kekayaan diagih dengan sebaiknya.

“Namun,ia perlu buat secara semula jadi dan tidak boleh dipaksa. Kita perlu cetuskan pembangunan ekonomi supaya dapat dicapai dan tidak ketinggalan,” katanya dalam Forum Ekonomi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) semalam.

Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025 dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menerusi simposium itu, Amirudin memaklumkan RS-1 memfokuskan empat tema utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved