
SHAH ALAM, 18 JUN: Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 8 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran sama turut membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan; Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Labuan; Kuala Penyu dan Beaufort di Sabah.
Kawasan lain adalah seluruh Pulau Pinang; Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim di Perak.
MetMalaysia berkata amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan hingga jam 8 malam appeared first on Selangorkini.

