Sabronzo Dolla Didakwa Sudah Bernikah Ogos Lalu, Majlis ‘Private’ Di Bali Jadi Bualan Netizen

LocalEntertainment
30 Sep 2025 • 2:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar panas apabila penyanyi popular, Sabronzo dari kumpulan DOLLA didakwa sudah bergelar isteri sejak Ogos lalu.

Spekulasi itu tercetus selepas beberapa keping gambar tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita mirip Sabronzo mengenakan gaun pengantin putih berkonsepkan Barat, berjalan mesra di pantai Bali bersama seorang lelaki segak bersut.

Menurut dakwaan netizen, akad nikah pasangan tersebut berlangsung sekitar Ogos, manakala majlis resepsi dipercayai diadakan awal September lalu di Bali.

Seorang pengguna X bernama @3irdaa mendakwa pernah melihat sendiri majlis tersebut.
“They literally had their solemnization at the hotel I work at but ok,” tulisnya.
Tambahnya lagi, “Lama jugak diorang tunggu untuk announce publicly sebab they married since August.”

image is not available image is not available

Tidak lama kemudian, Sabronzo sendiri memuat naik hantaran di Instagram menampilkan foto dirinya dalam gaun pengantin serta busana Melayu lengkap, beserta emoji hati.

Perkongsian itu dibanjiri komen peminat yang mengucapkan tahniah, namun ada juga yang meragui kesahihan foto berkenaan dengan mendakwa ia mungkin dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Setakat ini, pihak Universal Music Malaysia yang menaungi DOLLA masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dakwaan ini masih berpunca daripada komen netizen dan tiada pengesahan rasmi daripada Sabronzo sendiri. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada penyanyi itu berhubung status perkahwinannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

image is not available 2025-09-29 17:41:49

Sabronzo Dolla Kongsi Foto Pernikahan Bersama DJ Dash Berlin, Segak Berbaju Melayu Rona Putih

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved