Sabronzo Dolla Didakwa Telah Berkahwin Di Bali Lepas Satu Foto Tular!

LocalEntertainment
26 Sep 2025 • 12:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia sabronzo Dolla Kahwin

Nama anggota kumpulan Dolla, Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli kembali menjadi bualan selepas tular foto dirinya berbaju pengantin putih bersama seorang lelaki bersut rona senada.

Menurut laporan Kosmo, majlis itu dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia kira-kira dua minggu lepas dan sumber mendakwa pasangan tersebut ialah Sabronzo dan DJ terkenal dari Belanda, Dash Berlin.

Kena tanya tuan punya badan. Tapi gambar tular memang berlatarkan sebuah destinasi percutian di Indonesia.

Netizen berteka-teki, ramai ucap tahniah

image is not available

Sejak gambar tular di Threads, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah walaupun masih keliru dengan kesahihan berita tersebut.

Hubungan Sabronzo dan Dash Berlin makin menjadi spekulasi selepas netizen menyedari kedua-duanya saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sabronzo pernah akui bercinta dengan DJ antarabangsa

image is not available

Sebelum ini, Sabronzo mengakui dia menjalin hubungan dengan seorang DJ antarabangsa namun memilih untuk menjaga privasi hal peribadinya.

Setakat ini, usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pengurusannya masih belum berhasil.

Pssttt! Kadang-kadang, soal cinta dan rumah tangga lebih indah bila disimpan rapi. Kita sebagai peminat, doakan saja yang baik-baik untuk artis kesayangan kita.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.