“Saddiq Akan Reveal Tak Lama Lagi” – Syed Abdullah Dedah Ibu Puji Bella Astillah Comel

LocalEntertainment
6 Mar 2025 • 2:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
syed saddiq

Rasanya satu Malaysia merestui jika benar selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ada hubungan istimewa, kan?

Malah, abang Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada adiknya untuk berkahwin dulu.

Abang minta Syed Saddiq kahwin cepat

image is not available

Menerusi temubual bersama mStar, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah berkata, dia jarang melihat adiknya gembira sebegitu.

Sebagai abang, saya gembira tengok adik saya happy. Bila tengok dia macam ni, saya sokong.

Mengenai dakwaan hanya gimik semata-mata, Space Dollah berkata, dia mengenali adiknya sebagai seorang yang serius dan workaholic.

Jadi, dia tak rasa Syed Saddiq sanggup meluangkan masa untuk sesuatu projek melainkan dia benar-benar serius.

“Saya pasti Saddiq akan reveal nanti”

image is not available

Namun, mereka sekeluarga belum ada kesempatan untuk berkumpul dan berbincang mengenai kontroversi ini.

Tapi saya pasti Saddiq akan reveal insyaAllah tak lama lagi.

Melihat kepada tindakan Syed Saddiq yang sanggup berenang dan mendaki gunung bersama Bella Astillah, Syed Abdullah yakin adiknya sedang dilamun cinta.

@stylefashionpv

Nahh vitamin untuk korang hari nie korang dah ada partner untuk iftar ke nanti?

♬ original sound – Musik Indonesia – Juragan99shandy11

Mengenai penerimaan ibunya pula, Syed Abdullah berkata ibunya sangat menyokong anak-anak. Malah, ibunya pernah menceritakan mengenai pertemuan singkatnya dengan Bella.

Mungkin beri masa untuk Saddiq dan Bella announce sendiri. Bagi pihak saya dan Mama, kami okay. Mama ada cerita cakap jumpa Bella dalam 15 minit, belum jumpa secara betul.

Lebih menerujakan apabila ibunya ada memuji Bella comel dan pandai berbicara. Namun, dia mengakui ibunya perlu lebih masa untuk mengenali Bella dengan lebih dekat dan dia yakin waktunya akan tiba.

#ApaKataOhmedia

Aduh nampaknya satu Malaysia makin angau la lepas dengar pengakuan Syed Abdullah ni. Didoakan yang terbaik buat semua pihak. Jika betul bercinta pun apa salahnya kan? Bella Astillah juga berhak bahagia dan disayangi oleh insan yang selayaknya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.