Sadio Mane Umum Nikah Selepas Ubah Padang Lecak Di Kampung Jadi Stadium

Football
9 Jan 2024 • 5:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Bekas bintang Liverpool, Sadio Mane memaklumkan bahawa sudah mendirikan rumah tangga menerusi posting di laman X apabila memuat naik gambar bersama isterinya, Aisha Tamba minggu lalu.

Kongsi gambar bersama isteri

Dalam posting tersebut, dia hanya menulis kapsyen ringkas “The Manes” sambil berkongsi gambar-gambar bersama isteri.

Sadio Mane umum nikah, isteri tiada media sosial

Memetik laporan dari sportskeeda, Aisha Tamba merupakan rakan waktu kecil Sadio Mane dan wanita terbabit tidak mempunyai media sosial.

Rakan sepasukan Cristiano Ronaldo itu di Al-Nassr itu melangsungkan majlis secara tertutup di Dakar, Senegal sehingga mengejutkan para peminat pemain bola sepak antarabangsa itu.

image is not available

Sadio Mane umum nikah lepas ubah padang di kampung

Difahamkan, pengumuman perkahwinan Mane ini dibuat selepas tular berita dia telah merubah padang lecak di kampung halamannya menjadi sebuah stadium untuk kegunaan anak-anak tempatan.

Stadium mini State De Bambal yang mendapat bantuan biaya dari pihaknya telah dibina di atas sekolah menengah dan hospital yang turut menggunakan dana dari pemain tersebut di Bambali.

Untuk rekod, Sadio Mane merupakan pemain bola sepak kelahiran Senegal beragama Islam. Dia yang sebelum ini bermain bersama kelab Liverpool telah berhijrah ke Bayern Munich selama setahun sebelum ke Al-Nassr sejak tahun 2023.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved