
Kota Kinabalu: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berjaya melahirkan seramai 72 jurulatih berkelulusan lesen D dan 390 jurulatih akar umbi di seluruh negeri dalam tempoh dua tahun.
Pengarah teknikalnya Omar Maya Amat (gambar) yang merupakan pengajar kejurulatihan lesen D berkata kursus yang diadakan di pelbagai daerah sepanjang tempoh itu dianjurkan Safa dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
“Jumlah jurulatih berlesen D dan jurulatih akar umbi yang berjaya kita lahirkan amat penting bagi menjayakan program pembangunan bola sepak di negeri ini,” katanya.
Tambahnya, 15 jurulatih penjaga gol selain 44 jurulatih futsal tahap satu dan 20 jurulatih futsal tahap dua turut dilahirkan Safa sepanjang tempoh dua tahun itu.
SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more “Kami berhasrat melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah bagi memastikan program pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan termasuk kursus peringkat tinggi seperti lesen B, tetapi kami perlu memberi keutamaan kepada lesen D dan akar umbi di peringkat awal ini,” katanya.
Beliau juga berkata Safa telah berjaya menganjurkan banyak kejohanan di negeri ini sejak dua tahun lalu termasuk kejohanan bola sepak Piala BMR bawah 18 tahun, kejohanan Piala Ketua Menteri, liga bola sepak wanita kebangsaan Sabah dan Piala Samor B11 dan B12.
“Kami akan meneruskan program dan aktiviti kami untuk memastikan sukan ini akan terus berkembang supaya lebih ramai pemain berkualiti dapat dihasilkan pada masa hadapan,” tambahnya.
Sementara itu, Omar juga merupakan salah seorang daripada empat jurulatih akar umbi di negeri ini yang dilantik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama Andrew Weddy Majanggim, Hilary John Baptist dan Petronella Downy.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
