
Kota Kinabalu: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menerima pembiayaan RM500,000 daripada Qhazanah Sabah Berhad (QSB) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya merangkap sambutan Kaamatan anjuran QSB di Menara Kinabalu pada Jumaat.
Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yakob menyampaikan cek kepada Presiden Safa Datuk Shahelmey Yahya, yang disaksikan oleh Timbalan Presiden Safa Datuk Awang Kadin Tang dan Pengurus Besar Sabah FC Mohd Joh Wid.
Shahelmey yang melahirkan rasa terima kasih kepada QSB atas sumbangan korporat sosial itu berkata pembiayaan itu amat signifikan untuk Safa dan juga Sabah FC dalam usaha mereka menguruskan tahun kewangan bagi 2023/2025.
Beliau sebelum ini menggesa lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil menyokong pembangunan bola sepak di negeri ini.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Beliau berkata, sumbangan daripada mereka akan dapat memperoleh sedikit pelepasan cukai untuk syarikat itu sebagai usaha dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Untuk rekod, Jetama Sdn Bhd telah menggantikan Sawit Kinabalu sebagai penaja utama rasmi Sabah FC musim ini.
Selain itu, syarikat konsesi air itu juga akan membekalkan air minuman kepada Sabah FC sepanjang kempen mereka pada musim baharu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


