Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC

Football
12 Feb 2024 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kehadiran Safawi dan Akhyar mampu memberi sentuhan berbisa buat jentera serangan Terengganu. Foto FB Terengganu FC

TEKA-TEKI mengenai masa depan dua pemain kebangsaan, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid akhirnya terjawab apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).

Perkhabaran gembira skuad Penyu itu dikongsi menerusi laman sosial kelab sebentar tadi.

Spekulasi mengenai hala tuju dua sayap lincah itu mula menjadi bualan selepas kurang mendapat minit permainan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan persaingan sengit kelab Harimau Selatan tersebut.

Penampilan dua pemain itu sudah pasti mampu memberi sentuhan berbisa jentera serangan Tomislav Steinbruckner yang sudah pun mengekalkan khidmat penyerang Croatia, Ivan Mamut.

Safawi menandatangani kontrak bersama skuad Penyu sebagai pinjaman dari JDT untuk tempoh satu musim bagi saingan Liga Malaysia edisi 2024/2025.

Pemain berusia 27 tahun itu akan menyarung jersi bernombor 11.