Safawi Rasid Tinggalkan TFC, Azam Azmi Kekal Perkuat Skuad Penyu

Football
18 Jun 2025 • 11:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyokong Terengganu FC (TFC) perlu menerima kenyataan bahawa penyerang prolifik, Safawi Rasid, tidak lagi akan menyarung jersi skuad Penyu bagi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Menurut laporan Berita Harian, pemain kelahiran Dungun itu merupakan antara sembilan tonggak yang tidak lagi bersama pasukan, termasuk lima pemain import yang turut dilepaskan menjelang musim baharu.

image is not available

Foto: BH

Menurut Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain, selain Safawi, pemain lain yang tidak disambung kontrak termasuk Mohd Nor Hakim Hassan, Muhammad Syafik Ismail, Muhammad Syaiful Haqim Shahrul serta empat pemain import iaitu Ismaheel Akinade, Manuel Ott, Ivan Mamut, Nelson Bonilla dan Argzim Redzovic.

Namun begitu, penyokong skuad hitam putih boleh menarik nafas lega apabila pertahanan kebangsaan, Azam Azmi Murad, disahkan kekal bersama pasukan selepas kembali dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim baharu.

image is not available

Foto: Carian Google

“TFC juga akan memperkenalkan lima pemain import baharu berbanding empat sebelum ini, selain dua pemain tempatan baharu yang akan diumumkan secara rasmi sebelum 5 Julai ini,” katanya.

Tambah beliau, semua urusan berkaitan dokumentasi, logistik, ujian kecergasan dan perubatan sedang dalam proses penyelesaian sebelum pemian terbabit menandatangani kontrak bersama kelab

image is not available

Foto: Bernama

Sementara itu, pemain tengah import dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov akan terus memperkuatkan TFC apabila kontraknya diperbaharui untuk musim ini.

Mengulas spekulasi perpindahan Akhyar Rashid ke kelab Brunei, DPMM FC, Mohd Syahrizan menegaskan bahawa pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pasukan terbabit.

“Akhyar masih dalam perancangan ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali, dan kontraknya bersama TFC hanya akan tamat pada 2027,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian Online (Malik Muhamad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved