
Jersi Ikonik Safee Sali Kini Dibuka Untuk Bidaan – Peluang Miliki Sejarah Bola Sepak
Safee Sali Buka Bidaan Jersi Ikonik Pasukan Sarawak, Harga Bermula RM 2000. Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, telah mengumumkan bahawa koleksi jersi peribadinya kini dibuka untuk bidaan kepada peminat bola sepak Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkongsi bahawa setiap jersi yang dilelong bukan sekadar pakaian biasa di padang, tetapi menyimpan pelbagai kenangan serta pengalaman sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Setiap jersi ini bukan sahaja dipakai di dalam perlawanan, malah ada banyak cerita dan pengalaman di sebaliknya.
Bidaan bagi jersi pasukan Sarawak ini akan bermula pada harga RM2,000. Para peminat yang berminat untuk memiliki memorabilia bersejarah ini boleh menyertai proses bidaan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan.
Tarikh akhir bidaan: 19 Mac 2025, jam 5 petang.
Sebarang pertanyaan atau minat untuk membida boleh diajukan menerusi mesej peribadi (PM) kepada Safee Sali atau pasukannya.
Ini merupakan peluang eksklusif untuk memiliki sebahagian daripada sejarah bola sepak Malaysia—jersi yang menyaksikan detik-detik kemenangan, semangat juang, dan dedikasi seorang legenda negara.
Sebelum ini, Safee Sali turut melelong kasut ‘istimewa‘ yang digunakannya ketika membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF pada 2010.
Baca juga artikel yang berkaitan dengan jaguh atau lagenda bola sepak asal Sarawak:

